Ketahui Kesan Daripada Rawatan Ekzema Guna Ubat Steroid

Penyakit ekzema atau juga dikenali sebagai dermatitis adalah sejenis keadaan kulit yang boleh menyebabkan masalah kerengsaan dan keradangan pada kulit.

ketahui kesan daripada rawatan ekzema guna ubat steroid

Mereka yang mengalami ekzema biasanya akan mengalami kulit kekeringan, kemerahan dan kegatalan. Ia boleh menjadi lebih teruk sekiranya ia mengalami flare up.

 

Ekzema cenderung untuk berlaku kepada bayi dan budak, dan akan beransur pulih dengan sendirinya apabila menjangkau usia dewasa.

 

Pun begitu, ekzema boleh terjadi kepada golongan dewasa dan disebabkan itu pentingnya untuk kita tahu cara rawatan ekzema ini.

ketahui kesan daripada rawatan ekzema guna ubat steroid

Ubatan steroid seperti krim, minyak dan losen sering digunakan dalam merawat ekzema, selain ia turut digunakan bagi merawat pelbagai penyakit lain khususnya kondisi kulit.

 

Steroid yang digunakan dalam rawatan kulit dan ekzema ini tidaklah sama dengan steroid anabolik yang digunakan atlet atau ahli bina badan. Steroid yang digunakan untuk kulit disebut sebagai kortikosteroid.

ketahui kesan daripada rawatan ekzema guna ubat steroid

Sekiranya anda menggunakan ubat steroid untuk rawatan ekzema ini berpandukan pada doktor, maka ia mungkin selamat dan tiada sebarang kesan sampingan. Namun tidak mustahil untuk kesan sampingan itu timbul sekiranya anda salah menggunakan ubat dan tidak bergantung pada kualiti dan kuantiti yang paling tepat.

 

Misalnya, anda mungkin menggunakan ubat dalam kategori yang sangat kuat sedangkan flare up yang anda alami itu adalah tidak terlalu teruk atau buruk. Antara kesan sampigan salah guna kortikosteroid adalah:

  • Rasa pedih, sakit atau terbakar pada kulit
  • Penipisan pada struktur kulit
  • Perubahan pada warna kulit
  • Munculnya bulu halus pada kulit
  • Munculnya tanda regangan pada kulit
  • Munculnya salur darah labah-labah pada kulit (telangiectasias)
  • Membuat kondisi kulit lain seperti jerawat dan jeragat dan alergi lebih teruk

 

Penggunaan kortikosteroid bukan hanya setakat pada permukaan kulit, ia juga boleh meresap masuk ke dalam kulit dan salur darah, lalu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain.

 

Untuk langkah keselamatan, pastikan anda tahu jenis yang tepat bagi penggunaan ubat steroid sebelum menggunakannya.

 

Sumber: [1]