Rawatan COVID-19 Pada Kanak-Kanak Seawal Usia 28 Hari, Diluluskan FDA

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) kini telah meluluskan rawatan bagi kanak-kanak seawal usia 28 hari dengan berat sekurangnya tiga kilogram yang dijangkiti COVID-19.

rawatan covid-19 pada kanak-kanak seawal usia 28 hari, diluluskan fda

Rawatan dengan Veklury (remdesivir) juga boleh digunakan kepada kanak-kanak berumur kurang 12 tahun.

.

Veklury diluluskan untuk kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital atau mempunyai simptom ringan hingga sederhana yang berisiko tinggi menjadi lebih teruk.

rawatan covid-19 pada kanak-kanak seawal usia 28 hari, diluluskan fda

Sebelum ini, Veklury digunakan kepada dewasa dan kanak-kanak tertentu berusia 12 tahun ke atas dengan berat sekurangnya 40 kilogram.

.

"Memandangkan COVID-19 boleh mengakibatkan kesan teruk pada kanak-kanak yang tiada vaksinasi pada masa ini, terdapat keperluan terhadap rawatan COVID-19 yang selamat dan berkesan untuk golongan ini," kata pengarah Pusat Penilaian dan Penyelidikan Ubat-Ubatan FDA, Patrizia Cavazzoni.

.

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN