Ratu Cantik Kembali Jadi Doktor Untuk Bantu Melawan COVID-19

ratu cantik kembali jadi doktor untuk bantu melawan covid-19

Ratu cantik United Kingdom, Dr Bhasha Mukherjee telah mengambil keputusan untuk kembali semula menjadi doktor bagi membantu negaranya melawan COVID-19.

“saya rasa bersalah memegang gelaran Ratu Cantik England ketika dunia berperang melawan pandemik COVID-19, termasuk rakan-rakan sekerja saya.” kata beliau.

Beliau telah dianugerahkan Miss England pada tahun lalu telah mengambil keputusan untuk rehat daripada menjadi doktor junior sebagai karier utama kerana memberi tumpuan dalam pertandingan ratu cantik dunia Miss World pada Disember 2019.

Gadis berusia 24 tahun itu berada di India sepanjang bulan Mac bagi menyalurkan bantuan kepada sekolah dan rumah kebajikan yang memerlukan di sana. Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air selepas melihat negaranya mengalami situasi yang teruk.  

“Bila kamu membuat aktiviti kemanusiaan di luar negara, kamu masih dianggap sebagai ratu cantik yang memakai mahkota, sentiasa bersedia untuk nampak menawan.

“Tetapi, saya teringin untuk pulang ke rumah. Saya teringin datang dan terus pergi bekerja,” katanya lagi.

Sumber: Astro Awani