Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli Kehilangan Bapa

Petang semalam ratu boling negara, Shalin Zulkifli dikejutkan dengan berita memilukan apabila ayahnya,Zukifli Mohd Ali, 71 meninggal dunia dalam tidur.

ratu boling negara, shalin zulkifli kehilangan bapa

Menerusi catatan pada akaun Facebook miliknya, Shalin mengatakan keadaan kesihatan bapanya telah  mula merosot sejak diserang angin ahmar pada 2015.

“Saya harap awak dapat memaafkan sebarang kesilapan atau kesilapan ayah saya sepanjang 71 tahun hidupnya.

“Tolong beritahu saya jika ayah berhutang dengan sesiapa...Insya-Allah, kita akan cuba bayar semua orang, supaya dia boleh pergi dengan tenang.

“Saya minta maaf jika saya tidak dapat menjawab mana-mana dan semua orang, tetapi kami amat berterima kasih atas doa semua orang,” coret bekas juara dunia dua kali itu di Facebook malam tadi.

Difahamkan bahawa Allahyarham bakal dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandaraya Damansara hari ini selepas disembahyangkan di Surau Mutiara Damansara.

Salam takziah diucapkan buat Shalin Zulkifli dan keluarga atas pemergian ayahanda tercinta.

 

Sumber: [1]