Lebih Rela Bujang Sampai Ke Tua, Ini Punca Kenapa Perasaan Itu Wujud

Ketika ramai orang di dunia mengimpikan kehidupan bersama pasangan selepas alam perkahwinan, ada juga segelintir orang yang mengalami perasaan gemuruh, takut dan fobia kepada hidup bersama orang lain.

 

Dikenali sebagai ‘Gamophobia’, ia merupakan satu perasaan takut kepada alam perkahwinan, dimana individu tersebut tidak yakin dengan diri sendiri untuk memberi komitmen kepada satu kehidupan baharu.

lebih rela bujang sampai ke tua, ini punca kenapa perasaan itu wujud

Individu yang mempunyai gamophobia mungkin pernah mengalami trauma seperti pengalaman ibu dan bapa mereka yang sudah bercerai, atau melihat kepada kegagalan hidup berpasangan orang lain yang mendorong mereka untuk tidak berkahwin dan lebih rela hidup membujang sampai ke tua.

lebih rela bujang sampai ke tua, ini punca kenapa perasaan itu wujud

Kegagalan dalam bercinta juga boleh mendorong seseorang itu mempunyai gamophobia.

 

Malah, mereka yang sudah mempunyai pasangan juga boleh mengalami gamophobia, menyebabkan mereka lebih selesa untuk bercinta namun tidak terikat dengan apa-apa komitmen di alam perkahwinan.

lebih rela bujang sampai ke tua, ini punca kenapa perasaan itu wujud

Terdapat beberapa simptom fizikal gamophobia, seperti degupan jantung menjadi kencang, sakit dada, pening, berpeluh-peluh dan kesukaran bernafas.

 

Bagi mengurangkan perasaan gamophobia ini daripada membelenggu diri, individu yang mengalaminya dinasihatkan untuk menjalani terapi bersama pakar psikologi.

 

Dapatkan khidmat dan nasihat daripada pakar sekiranya ia mula menjadi masalah kepada kehidupan anda.

 

 

Sumber: Fear Of