Boleh Buat Persiapan Akhir Raya, Rapid Rail Lanjut Waktu Operasi Stesen Terpilih Hingga 1.30 Pagi

Bagi memudahkan warga kota membuat persiapan akhir untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali sistem rel transit di Lembah Klang akan melanjutkan waktu operasi beberapa stesen rel terpilih pada Sabtu, 15 April 2023 hingga jam 1.30 pagi.

boleh buat persiapan raya, rapid rail lanjut waktu operasi stesen terpilih hingga 1.30 pagi

Menurut satu kenyataan, hanya beberapa stesen akan terlibat iaitu LRT Laluan Kelana Jaya: Masjid Jamek dan KLCC, LRT Laluan Ampang/ Sri Petaling, Masjid Jamek, MRT Laluan Kajang, Bukit Bintang, Laluan Monorel, Bukit Bintang, Raja Chulan, Medan Tuanku dan Chow Kit.

 

Malah stesen-stesen sambungan akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir.

 

“Manakala stesen- stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan,” katanya di sini hari ini.

boleh buat persiapan raya, rapid rail lanjut waktu operasi stesen terpilih hingga 1.30 pagi

Dalam pada itu, Rapid Rail turut mengingatkan penumpang untuk menggunakan kad Touch ‘N Go atau membeli token perjalanan pulang lebih awal untuk memudahkan perjalanan.

 

Tambah lagi, susulan penutupan enam stesen LRT Laluan Ampang/Sri Petang, perkhidmatan bas perantara LRT 11 juga turut dilanjutkan sehingga pukul 1.30 pagi bagi membolehkan pengguna mengakses ke stesen-stesen berkenaan.

 

Penumpang juga diwajibkan untuk memakai pelitup muka ketika menggunakan pengangkutan awam.

Sumber: Rapid Rail