Rangka Dinosaur Berusia 180 Juta Tahun Ditemui Di China

Bagaikan dalam filem, namun bezanya ini adalah realiti. Sekumpulan ahli paleontologi di China berjaya menemui tinggalan fosil dinosaur di daerah Lufeng, China.

rangka dinosaur berusia 180 juta tahun ditemui di china

Lebih mengejutkan, fosil yang kini lengkap kira-kira 70% itu dikatakan berusia 180 juta tahun dan berasal dari zaman Jurassic. Ia dikatakan milik dinosaur yang dianggarkan panjang sekitar 8 meter.

“Fosil dinosaurus yang sangat lengkap seperti ini jarang ditemui di dunia. Fosil ini dapat dilihat sebagai harta negara dan penemuan itu akan dianggap sebagai peristiwa yang mengejutkan dalam sejarah paleontologi global jika kita berjaya menggali tulang kepala fosil semasa projek penggalian seterusnya,” kata Wang Tao yang merupakan sebagai Ketua Pusat Konservasi dan Penyelidikan Fosil Dinosaur di daerah Lufeng.

Tambahnya lagi, “Mengikut hasil fosil yang telah kami temui selama bertahun-tahun dan berdasarkan tulang ekor dan pahanya, ini mesti sejenis Lufengsaurus gergasi, yang hidup pada zaman awal Jurassic. Kami menganggarkan fosil lengkap mempunyai panjang sekitar 8 meter.”

Terdahulu, awal tahun ini, sekumpulan ahli paleontologi di Lufeng turut berjaya menemukan kerangka dinosaurus remaja dari zaman awal Jurassic.

Bagaimanapun, fosil tersebut kemungkinan dikategorikan dalam spesies baru kerana dikatakan tidak bersesuaian dengan genus atau spesies dinosaur yang diketahui.

 

Sumber: [1]