Randy Pangalila Dijangkiti Omicron

Pelakon Indonesia, Randy Pangalila mengakui dirinya kini positif virus COVID-19 varian Omicron dan telah terbaring di hospital sejak Rabu lalu.

randy pangalila dijangkiti omicron

Randy, 31, mencoret di Instagramnya, “Yah, kebahagiaan juga berjumpa denganmu Omicron.”

Dalam pada itu, isterinya Chelsey Frank turut berkongsi bahawa dia sempat berinteraksi dengan Randy menerusi panggilan video bersama anak mereka.

“Cepat sembuh papa,” tulis Chelsey.

Randy menjadi antara artis Indonesia yang dijangkiti COVID-19 di awal 2022.

Terdahulu, pelakon dan pelawak Joshua Suherman dan isterinya, Clairine Clay serta pelakon Naysilla Mirdad turut mengumumkan bahawa mereka dijangkiti virus sama.

 

Sumber: [1]