Peserta Rancangan Realiti Squid Game Kini Dicari, Hadiah Cecah 4.5 Juta USD!

Selepas mengumumkan musim kedua drama bersiri Squid Game, Netfix hari ini mengumumkan pula pencarian peserta bagi rancangan realiti Squid Game : The Challenge.

peserta rancangan realiti squid game kini dicari, hadiah cecah 4.5 juta usd!

Berbeza dengan apa yang ditayangkan dalam drama, rancangan realiti ini tidak melibatkan sebarang kematian namun menawarkan hadiah sehingga USD 4.56 juta, kepada 456 peserta yang kini sedang di cari di seluruh dunia.

.

Netflix menerusi laman sesawangnya mendakwa rancangan realiti itu akan menjadi satu program yang menawarkan hadiah paling mahal dalam sejarah rancangan realiti di televisyen selama ini.

.

“Dengan peserta paling besar dalam sejarah TV realiti, 456 pemain sebenar akan memasuki permainan untuk mengejar hadiah wang tunai yang akan mengubah hidup sebanyak USD $4.56 juta.

“Adakah anda mempunyai apa yang diperlukan untuk memenangi Squid Game?,” ujar Netflix.

peserta rancangan realiti squid game kini dicari, hadiah cecah 4.5 juta usd!

Menerusi laman sesawang squidgamecasting.com, peserta dicari dari serata dunia, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan lain-lain, dengan mengisi borang permohonan bagi menyertai rancangan realiti ini. Ia bermakna, kita yang berada di Malaysia juga boleh menyertai rancangan ini dan sekiranya terpilih, hadiah wang tunai mencecah USD 4.56 juta atau hampir RM20 juta mungkin menjadi milik anda. Fuh!

Permohonan untuk menyertai rancangan realiti ini juga memerlukan anda untuk memuatnaik video berdurasi 1 minit dengan memberitahu sebab kenapa anda mahu menyertai rancangan realiti ini dan apa yang anda akan buat dengan hadiah yang anda menang itu nanti.

 

Sumber: [1]