Bosan Masa Cuti Sekolah? Rancangan Kantun Ini Pasti Menghiburkan Anda!

Cuti pertengahan tahun sekolah telah tiba! Nikmati program edutainment tanpa henti selama dua minggu dengan program kegemaran keluarga di Astro Ceria (saluran 631) dan Astro TVIQ (saluran 610).  


Ikuti siri terbaharu, Beyblade Metal Fusion, tentang pengembaraan Gingka Hagane, seorang Blader yang ingin mencari masa lalunya dan mencuba untuk bersaing mengalahkan organisasi Dark Nebula yang jahat. Beyblade Metal Fusion boleh dinikmati di Astro Ceria, setiap Isnin hingga Khamis, jam 3 petang.  

bosan masa cuti sekolah? rancangan kantun ini pasti menghiburkan anda!
  
Siri kegemaran ramai, Doraemon juga akan menghiburkan kanak-kanak dan seisi keluarga dengan episod -episod baharu, di Astro Ceria setiap Isnin hingga Khamis, jam 2 petang.  

bosan masa cuti sekolah? rancangan kantun ini pasti menghiburkan anda!


Sekiranya anda suka tayangan filem-filem kegemaran pada waktu malam, ikuti Popcorn Ceria, setiap Sabtu dan Isnin, jam 9 malam untuk pilihan filem yang menarik bersama seisi keluarga seperti Shrek 2, Kung Fu Panda 3, Mega Monster Battle: Ultra Galaxy, Ultraman Zero: The Revenge of Belial dan Ultraman Saga 2

bosan masa cuti sekolah? rancangan kantun ini pasti menghiburkan anda!

Jangan terlepas juga rancangan realiti terbaharu Ceria, Ceria Popstar 2021, yang akan ditayangkan pada setiap Rabu, jam 9 malam. Pertandingan nyanyian kanak-kanak berunsurkan komedi ini akan menampilkan Bintang-Bintang Terbaik Malaysia sebagai juri dan hos rancangan, juga menampilkan kejutan terbesar! 


Selain itu, Astro TVIQ juga akan menawarkan beberapa rancangan baharu. Antaranya, rancangan mesra prasekolah seperti The Fixies (siri komedi mengenai pengembaraan Tom Thomas yang berusia 10 tahun dan persahabatan rahsia Tom bersama Simka dan Nolik, anak-anak keluarga Fixie yang tinggal di rumah  pangsanya), setiap hari pada jam 9 pagi; Bamboo Love (siri mengenai percubaan pertama dan peluang kedua serta kaedah untuk mengajar kanak-kanak untuk terus berusaha), setiap hari pada jam 8 pagi dan program aksi langsung, juga pemenang anugerah seperti History Hunters, The Dengineers, dan Kitchen Science yang disediakan untuk mendidik dan menghiburkan.  


Strim rancangan-rancangan Astro Ceria dan TVIQ pada bila-bila masa menerusi On Demand. Para pelanggan Astro juga dapat menyaksikan kesemua saluran kanak-kanak termasuk TA-DAA!, Cartoon Network, Nickelodeon, Boomerang, Nick Jr., Astro Ceria dan Astro Xiao Tai Yang, secara percuma dari 1 hingga 14 Jun 2021. Untuk ketahui lebih lanjut tentang program, layari https://content.astro.com.my/kids