Lemah Basic Masa Sekolah Rendah Punca Ramai Tak Minat Sains Dan Matematik

Sains dan Matematik sering dilihat sebagai matapelajaran yang sukar, hingga ramai pelajar yang kurang meminati bidang yang berkaitan dengan dua subjek ini.

lemah basic masa sekolah rendah punca ramai tak minat sains dan matematik

Menurut Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Anuar Ahmad berkata, penguasaan asas sains dan matematik di peringkat sekolah rendah yang lemah menjadi faktor ramai pelajar kurang berminat memilih aliran sains di peringkat menengah.

 

Ujarnya, kaedah pembelajaran dan pengajaran yang tidak menarik, mengutamakan target markah serta mendapat jawapan betul dan tepat menyebabkan ramai pelajar takut dengan kedua-dua matapelajaran itu.

 

"Murid sekolah rendah yang berumur tujuh hingga 12 tahun ini akan rasa belajar sains dan matematik sangat susah dan tertekan.

"(Kalau terus dapat jawapan) ...itu bukan sains. Itu adalah satu bentuk hafalan. Sains adalah proses cubaan, pemerhatian dan ujian," katanya.

lemah basic masa sekolah rendah punca ramai tak minat sains dan matematik

Tambah lagi, silibus pembelajaran sains dan matematik yang terlalu banyak juga mendorong kepada kurangnya minat pelajar kepada kedua-dua subjek ini, khsusunya diperingkat sekolah rendah.

 

Katanya, pelajar di peringkat sekolah rendah tidak seharusnya dibebankan dengan silibus yang banyak, sebaliknya mereka perlu ditumpukan kepada aktiviti eksplorasi dan pemerhatian di luar bilik darjah.

 

Malah, keperluan guru untuk menghabiskan silibus hingga terpaksa mengejar masa dalam mengajar turut menyumbang kepada masalah ini.

 

"Kadang-kadang ada murid belum memahami sepenuhnya apa disampaikan tetapi guru tidak mempunyai masa untuk menunggu ataupun memastikan mereka benar-benar faham, dan guru terpaksa masuk topik seterusnya sebab mereka perlu mengejar silibus.

"Akhirnya, ramai murid ketinggalan dari segi memahami maksud dan tujuan sesuatu fenomena sains yang mereka pelajari," katanya.

 

Terdahulu, kajian mendapati hanya 19 peratus pelajar memilih aliran sains sejak 2020, dan selebihnya aliran-aliran lain.

 

Sumber: Astro AWANI / BERNAMA