Ramai Sanggup Putus Kawan Gara-Gara Degil Enggan Di Vaksin

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh firma kaji selidik, OnePoll mendapati, seorang dalam setiap tujuh penduduk di Amerika Syarikat (AS) yang telah divaksin memilih untuk memutuskan hubungan dengan rakan-rakan yang enggan menerima pelalian.

ramai sanggup putus kawan gara-gara degil enggan di vaksin

Kajian itu mendedahkan bahawa 16 peratus responden telah memutuskan persahabatan dengan sekurang-kurangnya tiga rakan mereka sejak bermula pandemik pada Mac 2020.

 

Daripada semua responden yang memutuskan persabahatan itu, 66 peratus adalah mereka yang menerima vaksinasi dan 17 peratus lagi tidak merancang untuk menerima pelalian.

 

Selain itu, 14 peratus yang telah menerima suntikan vaksin mengaku memutuskan hubungan persahabatan kerana rakan mereka degil dan tidak mahu mendapatkan suntikan vaksin.

 

Sebanyak 97 peratus daripada responden pula percaya bahawa bekas rakan mereka itu terdiri daripada golongan antivaksin yang sukar untuk diyakinkan mengenai kepentingan mendapatkan suntikan pelalian. Bagi mereka, vaksin tidak berkesan dalam melindungi diri daripada wabak COVID-19.

 

Menurut mereka yang tidak menerima vaksin, mereka bimbang akan kesan sampingan vaksinasi, berada dalam keadaan sihat atau melahirkan rasa tidak percaya akan keberkesanan suntikan tersebut.

 

Sumber: [1]