Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lepas, jumlah penonton TV Astro naik sebanyak 43%. Menerusi statistik yang dikongsi, siaran masa seharian oleh penonton turut meningkat kepada 30% secara tidak langsung ini menyaksikan peralihan yang ketara dan peningkatan trafik.
Dalam pada itu, saluran Astro Awani juga telah menerima 5.5juta penonton dalam lima hari pertama PKP, manakala laman web dan aplikasinya mencatatkan kenaikan 15% dan 13% menerusi “Unique Visitors”.
Selain itu, berikut merupakan maklumat statistik yang dikongsikan:
- Saluran filem dan hiburan meningkat kepada 200%
- Saluran berita meningkat kepada 71%
- Saluran Kids sebanyak 4.2 juta dengan Astro Ceria adalah 35% dari jumlah tersebut
- Astro Go menerima sebanyak 102,000 pendaftaran baharu
Jenama Astro secara keseluruhannya turut mengalami peningkatan sebanyak 18% pengunjung unik.
Perkembangan ini adalah kebanyakannya datangnya dari saluran berita seperti Astro Awani, Xuan dan Rojak Daily serta rancangan gaya hidup seperti Rasa, Remaja dan Mingguan Wanita.
Since ramai orang kita ni mula mencuba resepi baru dan lebih banyak memasak di rumah, laman web Rasa.my antara pilihan popular bagi mencari idea itu.
Terima Kasih Rakyat Malaysia! Terus kekal setia menonton Astro okay?
#KamiCare #KitaJagaKita #StayHome
Sumber: Astro
Oleh: Abdul Rahman bin Khairuddin