Ramai Guna Instagram & Tiktok Untuk Cari Maklumat Berbanding Google

Enjin carian Google merupakan cara untuk kita membuat sebarang carian maklumat dengan mudah.

.

Namun cara itu mungkin tidak lagi mendapat sambutan kerana dikatakan hampir separuh generasi Z membuat carian maklumat yang diingini melalui aplikasi Instagram dan juga Tiktok.

ramai guna instagram & tiktok untuk cari maklumat berbanding google

Misalnya, carian tentang resipi, tempat makan dan lokasi menarik, serta berita terkini, semuanya dibuat di media sosial berkenaan.

ramai guna instagram & tiktok untuk cari maklumat berbanding google

Menurut kajian, 40 peratus generasi Z (Gen Z) lebih selesa menggunakan media sosial sebagai enjin carian untuk sesuatu perkara, berbanding Google.

.

Perkara itu dimaklumkan wakil Google yang berkata fungsi media sosial seperti Tiktok menjadi pilihan ramai generasi lebih muda masa kini untuk mendapatkan pelbagai maklumat.

.

“Kira-kira 40 peratus orang muda masa kini melihat lokasi kedai makan di Tiktok dan Instagram, dan bukannya di Google Maps atau carian Google,” kata senior vice president, Prabhakar Raghavan.

.

Untuk menarik lebih ramai orang muda menggunakan Google, enjin carian popular itu telah memperkenalkan pelbagai ciri moden seperti penggunaan kamera semasa membuat carian di Google Maps.

.

Sumber: [1]