Ramai Rakyat Malaysia Bersalin Pada Bulan Oktober

Tahukah anda, kemuncak kelahiran bagi kaum wanita di negara ini adalah setiap kali bulan Oktober?

ramai rakyat malaysia bersalin pada bulan oktober

Menurut fakta, bilangan wanita bersalin paling tinggi direkodkan setiap tahun adalah menjelang bulan September sehingga November dengan Oktober adalah paling tinggi.

 

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin dengan menyedari masalah kekurangan katil di wad bersalin ekoran daripada pertambahan pesakit sepanjang tempoh ini.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan terus menggiatkan usaha bagi mengatasi masalah kekurangan katil dengan memperkemaskan operasi di wad bersalin membabitkan semua hospital di Malaysia.

 

“Ini fakta bukan alasan, kalau kita lihat trend bilangan kelahiran setiap tahun ia akan meningkat bermula pada bulan September hingga November. Apa sebabnya anda fikirkanlah.

“Ia memang bermusim… ini fakta. Dan kemuncak peningkatan kelahiran adalah pada Oktober dan trend peningkatan ini berlaku di seluruh Malaysia,” katanya.

ramai rakyat malaysia bersalin pada bulan oktober

Beberapa pendekatan akan diambil seperti mempercepatkan proses discaj bagi setiap kes dan menambah jumlah katil di wad yang memerlukan.

 

Selain itu, tempoh menunggu anggota keluarga pesakit yang datang untuk mengambilnya juga menjadi punca kepada kesesakan di wad. Justeru, KKM akan menyediakan ruangan menunggu selepas discaj bagi membolehkan pesakit menunggu keluarga mereka untuk mengambil pulang.

 

Tambah lagi, jumlah kesesakan di wad turut disebabkan oleh faktor pesakit yang mempunyai penyakit-penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan lain-lain lagi sehingga memaksa mereka untuk berada di wad bersalin lebih lama.

 

Sumber: Astro AWANI