Rakyat Korea Selatan Akan Jadi Setahun Lebih Muda. Ini Sebabnya!

Tidak lama lagi, rakyat di Korea Selatan akan menjadi setahun lebih muda berbanding mana-mana penduduk di negara lain di dunia ini.

rakyat korea selatan akan jadi setahun lebih muda. ini sebabnya!

Ia adalah kerana presiden Korea Selatan yang baru dipilih, Yoon Suk-yeol mahu menghapuskan kaedah pengiraan umur secara tradisional yang dipraktikkan di negara itu sejak beratus-ratus tahun lamanya.

.

Sejak dahulu lagi, terdapat tiga kaedah pengiraan umur yang dipraktikan di Korea Selatan.

.

Pertama, negara itu menggunakan sistem pengiraan antarabangsa berpandukan tarikh lahir dalam kebanyakan definisi perundangan serta proses pentadbiran sejak 1962.

.

Kedua, setiap bayi yang dilahirkan akan bermula dengan umur 0 tahun, dan akan meningkat satu tahun usia setiap 1 Januari. Misalnya, bayi yang lahir pada Disember 2020 akan berusia dua tahun pada Januari 2022 dan begitulah seterusnya.

rakyat korea selatan akan jadi setahun lebih muda. ini sebabnya!

Bagaimanapun cara ini mendatangkan masalah dalam pelbagai aspek termasuk khidmat kerahan tenaga dan penentuan usia juvenil.

rakyat korea selatan akan jadi setahun lebih muda. ini sebabnya!

Cara lama ini dikatakan berasal dari China dan beberapa bahagian lain di rantau Asia, namun hanya Korea Selatan yang masih mengamalkan cara pengiraan umur seperti ini.

.

Disebabkan itu, pentadbiran baharu Suk-yeol sedang menilai untuk menyeragamkan kaedah mengira umur dalam usaha menjadikan Korea Selatan sama seperti negara lain di seluruh dunia.

.

“Kaedah pengiraan dikenali sebagai Umur Rakyat Korea itu menyebabkan kekeliruan dan mewujudkan kos sosial dan ekonomi yang tidak perlu,” katanya.

.

Sumber: [1]