Hanya Al-Quran Sebagai Penenang, Rakyat Gaza Meraung Sakit Jalani Pembedahan Tanpa Bius

Konflik yang berlaku di bumi Gaza telah meragut ribuan nyawa dan juga kerosakan harta benda.

hanya al-quran sebagai penenang, rakyat gaza meraung sakit jalani pembedahan tanpa bius

Dengan kebanyakkan mangsa adalah kanak-kanak, bergema di hospital Gaza jeritan dan tangisan mereka yang terpaksa menahan kesakitan kerana kehabisan ubat bius dan juga penahan sakit.

 

Memetik sebuah laporan, seorang kanak-kanak, Orheen Al-Dayah dilihat menjerit kesakitan memanggil ibunya di Hospital Al-Shifa kerana terpaksa menahan sakit apabila dipegang jururawat ketika doktor menjahit luka di kepala, tanpa sebarang ubat bius atau penahan sakit.

hanya al-quran sebagai penenang, rakyat gaza meraung sakit jalani pembedahan tanpa bius

hanya al-quran sebagai penenang, rakyat gaza meraung sakit jalani pembedahan tanpa bius

Jururawat, Abu Emad Hassanein berkata, suasana di hospital ketika ini adalah detik terburuk bagi sektor perubatan sepanjang ingatannya.

 

“Kami terpaksa memberi sebahagian daripada mereka kain kasa steril untuk digigit bagi menahan sakit.

“Kami tahu bahawa kesakitan yang mereka (kanak-kanak) rasai tidak dapat sesiapa bayangkan, melebihi apa yang dialami oleh rakan seusia mereka di negara lain,” katanya.

 

Seorang mangsa, Nemer Abu Thair berkata dia tidak diberi ubat bius atau penahan sakit ketika lukanya dijahit, sebaliknya hanya membaca Al-Quran sebagai penenang.

 

“Saya terus membaca Al-Quran sehingga mereka selesai merawat,” katanya.

 

Menurut Pengarah Hospital Al-Shifa, disebabkan terlalu ramai mangsa yang cedera memaksa pihak hospital untuk merawat mereka hanya di atas lantai.

hanya al-quran sebagai penenang, rakyat gaza meraung sakit jalani pembedahan tanpa bius

Katanya, selepas letupan berlaku di Hospital Al-Ahli Arab pada 17 Oktober lalu, ratusan mangsa dibawa ke Hospital Al-Shifa yang hanya mempunyai 12 dewan bedah sahaja.

 

“Sekiranya kami menunggu untuk membedah mereka satu demi satu, kami akan kehilangan ramai yang cedera.

“Kami terpaksa melakukan pembedahan pada mangsa tanpa bius di atas lantai selain menggunakan bius ringkas atau ubat penahan sakit yang lemah untuk menyelamatkan nyawa mereka yang tercedera” ujarnya.

 

Sumber: Astro AWANI