Dah Vaksin, Rakyat AS Dibenar Tak Pakai Face Mask Tempat Awam

Mereka yang sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 di Amerika Syarikat kini dibenarkan untuk tidak memakai pelitup muka ditempat awam dan terbuka.

dah vaksin, rakyat as dibenar tak pakai face mask tempat awam

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), negara itu turut membenarkan kumpulan berkenaan untuk tidak memakai pelitup muka di kebanyakan kawasan tertutup yang tidak sesak.

 

Ia adalah salah satu garis panduan baharu dalam usaha menuju kehidupan yang lebih normal ketika pra-pandemik.

 

Bagaimanapun, face mask masih wajib dipakai dikawasan tertutup yang sesak seperti dalam bas, kereta api, pesawat, hospital, penjara dan rumah perlindungan golongan gelandangan.

Selain itu, sekolah dan tempat kerja juga sudah mulai dibuka sekatannya selepas ramai yang sudah mula menerima suntikan vaksin COVID-19.

 

Menurut Pengarah CDC, Dr. Rochelle Walensky berkata, kes COVID-19 di Amerika Syarikat menurun satu pertiga dalam dua minggu terakhir.

 

"Beberapa perkara telah berlaku dalam dua minggu terakhir ini terutamanya kes jangkitan di dalam negara telah menurun satu pertiga.

"Dalam dua minggu terakhir ini, bekalan vaksin telah ditingkatkan dan kini lebih ramai layak menerima suntikan termasuk golongan berusia 12 hingga 15 tahun.

"Selain itu kita memperolehi data tentang keberkesanan vaksin ini dalam kalangan orang ramai serta varian baharu dan kemampuan menyekat penularan virus berkenaan," katanya.

 

AS turut menurunkan had umur vaksin daripada 18 tahun kepada 12 tahun.

 

Sumber: Astro AWANI