Rakan Sekerja Perli Sarkastik Tanda Dia Cemburu Dengan Anda!

Ramai antara kita yang menghabiskan lebih daripada separuh harinya ditempat kerja.

 

Namun, ketika anda sedang sibuk menyiapkan tugasan, sekali sekala bos akan memuji anda dikhalayak ramai meskipun anda tidak meminta untuk melakukan sedemikian. Sekurangnya, rasa puas juga setelah berhempas pulas menyiapkan tugas yang diberi.

 

Akan tetapi, ada pula individu yang tidak berpuas hati dengan pencapaian anda ini. Tanpa disangka, individu itu penuh hasad dengki dan memendam rasa.

rakan sekerja perli sarkastik tanda dia cemburu dengan anda!

Ini adalah antara cabaran apabila bekerja disebuah organisasi yang penuh dengan persekitaran dan rakan sekerja yang toksik. Jika dibiarkan, anda akan mula rasa tekanan bekerja disitu.

 

Antara tanda-tanda rakan sekerja anda cemburu dengan anda adalah seperti:

1. Memuji anda keterlaluan dengan nada penuh sarkastik.

2. Mereka menukar intonasi apabila bercakap dengan anda.

3. Mereka bercakap belakang mengenai hal anda.

4. Berpura-pura mesra dengan anda.

5. Memerli anda dikhalayak ramai dengan tujuan untuk memalukan anda.

 

Jika anda berhadapan dengan situasi rakan sekerja seperti ini, cara terbaik adalah anda tidak perlu melayan pun apa yang dia buat dan siapkan sahaja tugas anda seperti biasa.

 

Jangan balas perlian kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. Lebih baik anda balas ia dengan kebaikkan. Secara tak langsung, anda akan lebih dihormati ramai.

rakan sekerja perli sarkastik tanda dia cemburu dengan anda!

Sumber: Public Health Malaysia