Baru 3 Hari Lepas Update Gambar, Rakan Artis Ucap Takziah Atas Pemergian Ashraf Sinclair

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ashraf Sinclair Official (@ashrafsinclair) on

Ajal maut ditangan Tuhan. Tiada siapa yang tahu tarikh dan masa seseorang itu akan pergi. Seperti juga kisah pemergian Ashraf Sinclair yang sangat mengejutkan pada hari ini.

Melihat kepada akaun Instagram Ashraf Sinclair, beliau ada memuat naik sekeping gambarnya berada di Manhattan 3 hari lepas.

Hari ini, ruangan komen gambar tersebut dipenuhi dengan komen rakan-rakan artis dan mengucapkan takziah dan mendoakan pemergian pelakon tersebut. Ashraf dilaporkan mengehmbuskan nafasnya yang terakhir di hospital di Jakarta akibat serangan jantung.

baru 3 hari lepas update gambar, rakan artis ucap takziah atas pemergian ashraf sinclair

baru 3 hari lepas update gambar, rakan artis ucap takziah atas pemergian ashraf sinclair

Jenazah Ashraf akan dikebumikan di rumah pengebumian kawasan Pejaten Barat, Jakarta Selatan pada jam 7.33 pagi waktu tempatan. Buat masa ini, seluruh ahli keluarga mereka sedang menguruskan urusan pengebumian jenazah

Ashraf Sinclair ialah pelakon kelahiran Malaysia yang aktif berlakon di Indonesia. Beliau telah berkahwin dengan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari dan dikurniakan seorang anak, Noah Sinclair.

Ashraf Sinclair merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Aishah Jennifer merupakan adik perempuannya dan Adam Sinclair merupakan adik lelakinya.

Salam takziah buat seluruh keluarga Ashraf Sinclair