Raisa Berjaya Menghiburkan Ribuan Peminat Malaysia Menerusi “Raisa - Teristimewa Di Kuala Lumpur”

Bertempat di Megastar Arena, KL, konsert yang amat dinanti-nantikan dalam kalendar muzik Malaysia, “Raisa - Teristimewa Di Kuala Lumpur” telah pun melabuhkan tirainya. Dengan persembahan yang memukau dan penuh emosi, Raisa, penyanyi dan penulis lirik jelita asal Indonesia berjaya menghiburkan ribuan peminat yang hadir di konsertnya anjuran syarikat penganjur terkemuka tanah air, Kharisma Music

 

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kharisma Music, En. Ahmad Jeffny, “Kami amat berbesar hati dapat membawa Raisa kembali ke Kuala Lumpur pada malam ini. Konsert ini bertujuan memberikan pengalaman yang unik dan berharga buat peminat Raisa, dan terima kasih buat setiap penonton yang hadir memeriahkan acara malam ini.

 

raisa berjaya menghiburkan ribuan peminat malaysia menerusi “raisa - teristimewa di kuala lumpur”

 

Raisa memecah panggung dengan persembahan hampir 20 buah lagu kesemuanya, termasuk lagu-lagu hits seperti “Serba Salah”, “Pergilah”, “Teristimewa”, “Jatuh Hati”, “Bahasa Kalbu”, “Could It Be”, “Mantan Terindah”, “Kali Kedua”, dan banyak lagi.

 

Persembahan yang memakan masa selama 2 jam lebih itu turut mendapat sokongan daripada pemuzik profesional yang dibawa khas dari Indonesia menambah lagi kehebatan persembahan Raisa, menghasilkan suasana yang bertenaga dan begitu mengasyikkan.

 

raisa berjaya menghiburkan ribuan peminat malaysia menerusi “raisa - teristimewa di kuala lumpur”

 

Dengan latar belakang audio-visual yang memukau dan reka bentuk pentas yang kreatif, konsert ini berjaya mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi semua penonton. 

 

Selain itu, konsert malam tadi turut diserikan dengan kehadiran 2 penyanyi hebat Malaysia, Ernie Zakri dan Hael Husaini yang berjaya menggamatkan lagi suasana pada malam konsert.