Semalam, Perbadanan Putrajaya sudah memulakan ujian pengangkutan awam baharu dalam bentuk trem tanpa landasan di Putrajaya.
Bersempena dengan Hari Terbuka Putrajaya yang diadakan semalam, trem ini boleh dinaiki secara percuma sehingga 4 Februari 2024 ini.
Penawaran trem ini sekaligus akan memudahkan penduduk setempat, mahupun kepada mereka yang berkunjung ke Putrajaya.
Kepada rakyat Malaysia yang ingin mencuba menaiki trem ini, anda boleh naik di Hentian Bas Istana Kehakiman (Berhadapan Family Mart) di Presint 3, Putrajaya.
Ujian trem tanpa landasan ini akan dilaksanakan di Putrajaya sehingga 31 Disember 2024 kelak.
Sumber: Awani