Putaran Bumi Makin Laju, Rekod Hari Paling Singkat Pada 29 Jun

Satu pemerhatian telah dibuat baru-baru ini mendapati putaran lengkap Bumi dilihat menjadi semakin laju dengan rekod hari paling singkat pada 29 Jun lalu.

putaran bumi makin laju, rekod hari paling singkat pada 29 jun

Pada 29 Jun lalu, Bumi telah melengkapkan putaran penuh dalam masa 1.59 milisaat kurang daripada putaran standard 24 jam untuk tempoh satu hari.

 

Kelajuan Bumi telah dilaporkan meningkat dengan rekod bulan paling singkat pada tahun 2020, sejak dari tahun 1960-an.

putaran bumi makin laju, rekod hari paling singkat pada 29 jun

Untuk rekod, pada 19 Julai 2020 tempoh terpendek yang direkodkan bagi Bumi melengkapkan putaran adalah 1.47 milisaat lebih pendek berbanding hari biasa selama 24 jam. Sejak dari itu, kelajuan Bumi berputar juga semakin meningkat.

 

Fenomena ini mendapat perhatian para saintis dan kini masih dalam kajian. Saintis tidak menolak kemungkinan berlaku proses dalam lapisan dalam dan juga luar teras bumi, lautan, air pasang atau perubahan iklim.

putaran bumi makin laju, rekod hari paling singkat pada 29 jun

Sebilangan saintis berpendapat fenomena ini berkait dengan pergerakan kutub geografi Bumi yang disebut sebagai Chandler Wobble.

 

Kesan daripada peningkatan kelajuan putaran Bumi ini boleh membawa kepada pengenalan saat lompat negatif. Ia adalah usaha untuk memastikan kadar Bumi mengorbit Matahari adalah sama dengan ukuran jam atom. Saat negatif boleh memberi kesan kepada pelbagai teknologi seperti telefon pintar, komputer dan juga sistem komunikasi di Bumi.

 

Sumber: Kosmo