PUSAKA Raih RM 11 Juta Selepas 18 Hari Tayangan

 

pusaka raih rm 11 juta selepas 18 hari tayangan

Filem seram Pusaka arahan Razaisyam berjaya meraih RM 11 Juta selepas 18 hari ditayangkan.

Perkara tersebut diumumkan melalui satu postingan di laman sosial Instagram milik Astro Shaw.

"Filem paling seram #PUSAKA berjaya menggungguli carta filem tempatan dan mendapat kutipan melebihi RM11 juta dalam masa 18 hari tayangan.

"Korang semua memang ohsem dan teruskan menonton Pusaka. Dari Penerbit Filem DUKUN! Filem arahan Razaisyam Rashid. Pusaka kini menghantui pawagam," tulis pengendali akaun Astro Shaw.

Filem Pusaka ini turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, dan ramai lagi.

Kalau korang belum tengok, boleh lah tengok sekarang!!!

 

Sumber: Instagram Astro Shaw