Punca Rambut Beruban Yang Korang Kena Tahu

punca rambut beruban yang korang kena tahu

Uban atau dikenali sebagai rambut berwarna putih atau silver. Orang kata terjadinya uban adalah disebabkan lanjutan usia. Ianya salah sama sekali. Walaupun usia baru mencecah sekitar 25 tahun tetapi keadaan rambut sudah beruban. Wanita sangat beauty conscious, kalau ternampak satu dua helai dah paranoid, haha. Umur bukan faktor utama, jom tengok apa punca rambut beruban.

 

  1. Stress memainkan peranan penting dalam perubahan rambut dari hitam ke kelabu. Bila kita stress radikal bebas dan antioksidan dalam badan tidak seimbang. Ini menyebabkan kerosakan tisu, protein dan DNA.
  2. Genetik turun menjadi punca rambut beruban. Rambut beruban disebabkan kehilangan sel pigmen dalam folikel rambut.
  3. Merokok merupakan satu risiko bagi kejadian rambut beruban pramatang. Kekurangan protein, vitamin B-12 dan zat besi juga boleh menyebabkan stress.
  4. Warna rambut memang la cantik tetapi pewarna itu boleh merosakkan sel melanin pada rambut.
  5. Makan makanan yang tidak sihat seperti fast food’ ataupun jajan boleh menggangu kesihatan tubuh memberikan efek negative terhadap penghasilan melanin dalam rambut.

Jaga kesihatan, pemakanan dan jangan stress. 

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: maskulin