Tebuan merupakan sejenis serangga terbang seperti penyengat besar yang mempunyai sengat menyakitkan. Sarang tebuan pula dibuat daripada cebisan-cebisan tumbuhan yang dilumatkan menjadi seperti kertas.
Tebuan biasanya membuat sarang pada kawasan yang tersembunyi dan gelap. Namun akhir-akhir ini, jumlah sarang tebuan dilihat semakin banyak dan bertambah hingga membimbangkan keselamatan ramai.
Menurut Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pendang, setakat minggu lepas sahaja tedapat lapan kes kecemasan yang berkaitan dengan sarang tebuan daripada penduduk di daerah ini.
.
“Setiap hari ada panggilan kecemasan penduduk kerana bimbang keselamatan mereka sebab ada sarang tebuan di pokok berdekatan atau siling rumah mereka. Malah hari ini ada satu kes.
“Memang sekarang musim tebuan buat sarang kerana faktor cuaca yang tidak menentu serangga ini akan mencari habitat baharu,” kata Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff.
.
Tambahnya lagi, tebuan akan mencari tempat lain jika sarang di sekitar hutan rosak akibat ribut atau hujan lebat.
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memusnahkan sendiri sarang tebuan dikawasan masing-masing, sebaliknya segera menghubungi pihak berwajib seperti APM untuk tindakan lanjut.
.
Tindakan memusnahkan sendiri sarang tebuan dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya seperti disengat. APM sebaliknya mempunyai sut keselamatan khas ketika operasi memusnahkan sarang tebuan ini.
.
Sumber: [1]