Bagaikan Filem, Puluhan Juta Wang Dari Bank Berjaya Dipindah Guna Klon Suara

Bagaikan dalam filem bersiri antarabangsa, satu rompakan wang terancang berjaya dilakukan di sebuah bank Emiriah Arab Bersatu (UAE) melibatkan sejumlah wang bernilai USD 35 juta.

bagaikan filem, puluhan juta wang dari bank berjaya dipindah guna klon suara

Menurut pengurus bank tersebut, beliau telah diperdaya menerusi panggilan telefon oleh individu yang disangkanya pemegang akaun, namun sebenarnya ia adalah orang lain yang menggunakan klon suara.

 

Awal tahun lalu, pengurus sebuah bank yang tidak didedahkan di Emiriah Arab Bersatu menerima panggilan daripada pelanggan lama iaitu pengarah sebuah syarikat yang dia pernah bercakap sebelumnya. Lelaki itu teruja kerana syarikatnya akan membuat pemerolehan penting, jadi dia memerlukan bank untuk membenarkan pemindahan wang sebanyak USD 35 juta secepat mungkin.

 

Pelanggan tersebut menambah bahawa seorang peguam telah dikontrak untuk menangani pemerolehan tersebut, dan pengurus bank ini dapat melihat e-mel dari peguam itu pada peti masuknya.

 

Pengurus bank yang telah bercakap dengan pelanggan itu sebelumnya, mengenali pelanggan itu dan semua yang dikatakannya juga telah diperiksa. Maka, pengurus bank itu cukup yakin dengan pelanggannya itu.

 

Bagaimanapun tindakannya itu membawa padah kerana pelanggan yang disangkanya benar, rupanya adalah individu berbeza yang menggunakan teknologi pengklonan suara.

 

Kes itu didedahkan dalam satu dokumen mahkamah dimana UAE kini meminta penyiasat dari Amerika untuk menjejaki semula kemana hilangnya wang berjumlah USD35 juta yang dipindahkan ke sebuah akaun bank yang bertapak di Amerika Syarikat.

 

Pihak berkuasa dari UAE tidak menolak kemungkinan sekurangnya 17 individu terlibat dalam kes ini dengan wang dipindahkan kebeberapa akaun di serata dunia bagi menyukarkan ia dikesan.

 

Kes yang hampir sama pernah berlaku pada 2019 dan pakar mengingatkan ini hanya permulaan dan banyak lagi cubaan penipuan boleh berlaku dimasa akan datang.

Sumber: [1]

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN