Puluhan Ekor Gajah Jalani Ujian Saringan Lepas Empat Singa Positif COVID-19

Empat ekor singa di Taman Zoologi Arignar Anna di Vandalur, dekat Tamil Nadu India disahkan positif COVID-19.

 

Hasil saringan mendapati empat singa itu tergolong dalam kumpulan Pangolin B.1.617.2 dan merupakan varian Delta. Kumpulan varian ini dikelaskan juga sebagai varian yang membimbangkan.

 

Di zoo yang sama, seekor singa jantan bernama Pathbanathan, 12 tahun, juga dilaporkan mati kerana jangkitan COVID-19 beberapa minggu lalu.

puluhan ekor gajah jalani ujian saringan lepas empat singa positif covid-19

Kejadian ini merupakan yang kedua seumpamanya melanda zoo selepas seekor singa betina berusia sembilan tahun juga maut akibat wabak sama pada 3 Jun lalu.

 

Ekoran daripada itu juga, puluhan ekor gajah di sebuah hutan simpan disana telah menjalani ujian saringan untuk mengesan kehadiran virus tersebut.

 

Sumber: India Times

 

ARTIKEL BERKAITAN