Pendakwah terkenal, PU Azman Alias telah berkongsi jawapan yang ditanya oleh netizen berkenaan simbol huruf ‘T’ yang berada di baju jersi pasukan bola sepak, boleh atau tidak kita memakai jersey itu.
Menurut PU Azman, baju jersey yang logonya berbentuk seakan lambang salib, sebenarnya individu itu perlu mengenal pasti terlebih dahulu sama ada simbol itu sekadar huruf “t” atau simbol salib.
“Boleh pakai jersey tu, kalau simbol tu sekadar bentuk huruf “t” dan bukan membawa maksud simbol salib.
“Tapi kalau simbol pada jersey itu memang benar-benar salib, maka jersey itu masih boleh dipakai selepas salib itu diTIADAkan”, terang PU Azman.
Sumber: Instagram @puazmanofficial