PT3 Mansuh, PBS Diperkasa

pt3 mansuh, pbs diperkasa

Tengok tak sidang media Menteri Kanan Pendidikan semalam? Kalau dah tengok maknanya dah taulah kan apa kisahnya. Yang belum tu meh KJ nak cerita story sikit untuk pemahaman ringkas. Mulai tahun ni PT3 dimansuhkan so bermakna takde dah peperiksaan tu lepas ni. Jadi macam mana nak tahu prestasi murid? Ha lepas ni KPM akan tambah baik Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Caranya dengan melaksanakan pentaksiran sumatif berasaskan ujian akhir tahun. Perkara sama juga untuk murid sekolah rendah sebab UPSR pun dah dimansuhkan. Ni bagi membolehkan penilaian ke atas murid dilaksanakan mengikut tahun dan tingkatan.

pt3 mansuh, pbs diperkasa

Bagi sekolah rendah, soalan subjek BM, BI, Matematik, Sains dan Sejarah disediakan oleh KPM dan yang selain itu disediakan oleh sekolah. Untuk sekolah menengah pulak KPM akan menyediakan bank soalan untuk semua mata pelajaran. Manakala, murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 yang nak melanjutkan pelajaran ke sekolah khusus bagi Tingkatan 1 dan 4 masih perlu menduduki pentaksiran Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) . OK dah dapat kan bayangannya apa murid-murid sekolah akan lalui lepas ni. Selamat maju jaya dan terus kuat semangat ya!


 

Oleh: KJ 

Sumber & gambar: Kementerian Pendidikan Malaysia, BERNAMA, AWANI, Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Utusan Malaysia & internet