Psy Buat Kemunculan Semula Selepas 5 Tahun Mendiam, Lagu Baru Bakal Pecah Rekod “Gangnam Style”?

Penyanyi Korea Selatan, Psy yang terkenal dengan lagu hit “Gangnam Style” bakal membuat kemunculan semula selepas lima tahun mendiamkan diri dari arena muzik.

psy buat kemunculan semula selepas 5 tahun mendiam, lagu baru bakal pecah rekod “gangnam style”?

Pada 12 April lalu, Psy mengumumkan kepulangannya ke industri muzik yang ditunggu-tunggu selepas setengah dekad menerusi Instagram.

Dalam video yang dimuat naiknya itu, Psy berkongsi bahawa album studio kesembilannya, berjudul “Psy 9th” akan dikeluarkan pada 29 April jam 6 petang KST.

Penyanyi berusia 44 tahun itu turut menyentuh mengenai single hit globalnya, “Gangnam Style”, yang menurutnya dia mengambil masa 10 tahun untuk ditulis selepas hit terakhirnya, “Champion” pada 2022.

“Mungkin lain kali anda bertemu lagu seperti “Gangnam Style” adalah pada 2022,” katanya dalam video itu.

Kali terakhir Psy membuat kemunculan semula sebagai penyanyi adalah pada 2017 menerusi album “Psy 8th 4X2=8”.

Setahun selepas pelancaran album terbabit, penyanyi itu meninggalkan agensi lamanya iaitu YG Entertainment dan menubuhkan agensi sendiri, P Nation sekitar awal 2019.

Pada tahun sama, beliau menandatangani penyanyi rap, HyunA dan bekas ahli PENTAGON, DAWN serta penyanyi Korea-Amerika, Jessi.

P Nation kini menaungi beberapa bintang terkenal Korea Selatan lain seperti Crush, Heize, Penomeco dan Swings.

Agensi itu juga sebelum ini berkongsi rancangan untuk melancarkan debut boyband pertamanya menjelang akhir tahun ini.


Sumber: [1]