Bukan Semudah Disangka, Ini Proses Kompleks Cipta Vaksin

Istilah vaksin dan vaksinasi berasal daripada nama saintifik untuk cacar lembu iaitu Variolae vaccinae.

bukan semudah disangka, ini proses kompleks cipta vaksin

Konsep vaksinasi ini pertama kalinya diilhamkan oleh seorang doktor dari England, Edward Jenner yang menggambarkan kesan-kesan perlindungan daripada pendedahan kepada cacar lembu terhadap cacar biasa.

bukan semudah disangka, ini proses kompleks cipta vaksin

Vaksin adalah suatu cara yang berkesan untuk melawan dan membasmi penyakit berjangkit. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keberkesanan vaksin seperti penyakit itu sendiri, strain vaksin, tindakbalas dan juga faktor lain.

bukan semudah disangka, ini proses kompleks cipta vaksin

Sebelum vaksin disuntik kedalam tubuh badan manusia, ia telah pun melalui pelbagai peringkat ujian yang kompleks sebelum ia diluluskan penggunaanya kepada orang ramai.

 

Berikut adalah proses menghasilkan vaksin menurut kepada standard asas oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC):

 

  1. Penerokaan
  2. Pra-klinikal
  3. Perkembangan klinikal : Fasa 1 (kurang 100 orang), Fasa 2 (melibatan ratusan individu), Fasa 3 (melibatkan ribuan dan puluh ribu individu)
  4. Semakan dan kelulusan
  5. Pembuatan
  6. Kawalan kualiti

Ketika proses pembuatan vaksin ini, terdapat penglibatan beberapa individu dan agensi seperti pakar kesihatan, pengilang dan industri swasta, NGO, ahli akademik, agensi kerajaan, media dan komuniti masyarakat.

 

 

Virus COVID-19 misalnya memerlukan penghasilan vaksin yang banyak dengan segera dan pantas, sama ketika wabak Ebola melanda beberapa negara suatu masa dahulu. Dalam situasi ini, kerjasama dari pelbagai pihak adalah amat penting dalam menyampaikan vaksin dengan lebih pantas supaya wabak dan penyakit dapat dikawal daripada berjangkit kepada ramai manusia.

 

Sumber: GW / WHO