Programmer Di China Cipta Aplikasi Bertujuan Kenal Pasti Emosi Kucing Belaannya

Seorang ‘programmer’ Cina telah mengembangkan satu aplikasi yang dikatakan berupaya mengenal pasti keadaan emosi kucing kesayangannya.

programmer di china cipta aplikasi bertujuan kenal pasti emosi kucing belaannya

Memetik laporan Global Times, ‘programmer’ yang dikenali sebagai Li itu mengatakan bahawa dia hanya menghabiskan tempoh selama satu hujung minggu bagi mengembangkan aplikasi terbabit yang dapat melihat pergerakan kucingnya secara ‘real-time’ sekali gus memberitahu mengenai statusnya.

“Saya seorang ailurophile, dan sering merindu anak kucing saya di rumah semasa bekerja di pejabat,” katanya.

Li yang berpusat di Shenzhen, Guangdong, China berkongsi yang dia mengembangkan aplikasi terbabit menerusi penerapan algoritma pembelajaran mendalam dan mengumpulkan data mengenai kehidupan harian kucing termasuk pergerakan serta sampel suaranya.

Turut tidak ketinggalan, ramai pengguna internet China menyatakan rasa ingin tahu mereka terhadap aplikasi terbabit, dengan mengatakan bahawa mereka ingin mencubanya pada haiwan peliharaan mereka sendiri.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN