Drama dan filem Korea telah mempunyai daya tarikan yang besar di kalangan penonton Malaysia. Popularitinya telah merentasi sempadan budaya dan menarik minat ramai dengan kisah yang menarik dan pelakon yang berbakat.
Sepanjang Julai ini, peminat hiburan Korea boleh menikmati drama, filem dan program pelbagai, ditayangkan di Astro menerusi KBS World (Saluran 392 HD), ONE (Saluran 393 HD), tvN (Saluran 395 HD), K-Plus (Saluran 396 HD), dan tvN Movies (Saluran 416 HD). Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan pada bila-bila masa, di mana jua menerusi On Demand dan Astro GO.
Antaranya seperti:
o Drama romantik Calming Signals: Woof & Meow, menampilkan Cha Hun, Chae-kyung dan ramai lagi, bermula 27 Julai di K-Plus (Saluran 396 HD).
o Dokumentari muzik KPOP Generation, membariskan penyanyi terkenal seperti Leeteuk, Minho, 2PM, HIGHLIGHT, Suho, Hwasa, Hoshi, Doyoung, TOMORROW X TOGETHER, IVE, LE SSERAFIM, bermula 9 Julai di tvN (Saluran 395 HD).
o Drama romantik komedi Men Are Men, dibintangi oleh Hwang Ji-woo, Park Do-gyeom, See Hyun Joo, Han See-yoon, setiap Khamis di KBS World (Saluran 392 HD).
o Drama romantik Angel’s Last Mission: Love, menampilkan Kim Myung Soo (L), Shin Hye Sun, Lee Dong Gun, Kim Bo Mi, setiap Selasa dan Rabu di KBS World (Saluran 392 HD).
o Program pelbagai Camp Zerobaseone, membariskan kumpulan Zerobaseone (ZB1), setiap Khamis di tvN (Saluran 392 HD).
o Filem komedi Switch, dibintangi oleh Kwon Sang-Woo, Oh Jung-Se, Lee Min-Jung dan ramai lagi, pada 8 Julai di tvN Movies (Saluran 416 HD).
o Filem aksi The Assassin, menampilkan Shin Hyun-Joon, Lee Moon-Sik, Lee Jung-Min dan ramai lagi, pada 22 Julai di tvN Movies (Saluran 416 HD).
o Filem kekeluargaan My Puppy, dibintangi oleh Cha Tae-Hyun, Yoo Yeon-Seok dan ramai lagi, pada 29 Julai di tvN Movies (Saluran 416 HD).