SARA Kembali Secara Berperingkat Hari Ini, Jumlah Bantuan Dinaikkan Hingga RM1,200

Program Subsidi Bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini kembali mulai hari ini secara berperingkat, dengan jumlah peruntukan melonjak lebih lima kali ganda kepada RM700 juta berbanding RM130 juta tahun lalu.

 

Demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata peruntukan lebih besar ini membolehkan kerajaan menambah jumlah penerima SARA kepada 700,000 individu berbanding 210,000 sebelum ini.

 

“Peruntukan yang lebih besar ini membolehkan kerajaan menambah jumlah penerima SARA kepada 700,000, berbanding 210,000 pada tahun lalu.

“Jumlah bantuan juga dinaikkan sehingga RM1,200, seganda jumlah daripada tahun lepas,” katanya.

 

Ujarnya, penambahbaikan program SARA ini adalah satu langkah awal untuk menangani kesenjangan kekayaan dan membina masyarakat yang iklusif seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi MADANI.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim