Profesor Jepun Cipta Skrin Tv Yang Boleh Dijilat Dan Rasa Seperti Makanan

Sering kali kita melihat rancangan memasak dalam televisyen dan tertanya-tanya bagaimanakah rasa makanan yang dimasak oleh chef tersebut.

profesor jepun cipta skrin tv yang boleh dijilat dan rasa seperti makanan

Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu lagi mempunyai persoalan sebegitu berikutan cetusan terbaru yang dilakukan oleh seorang profesor di Jepun.

Seorang profesor di Jepun mencetuskan prototaip skrin televisyen yang boleh dijilat, yang membolehkan profil perisa makan dibuat.

Dengan peranti tersebut, apa yang perlu dilakukan oleh seseorang penonton itu adalah hanya dengan menjilat skrin untuk merasai makanan tersebut.

Peranti itu dipanggil Taste the TV (TTTV) dan melibatkan 10 kanister perisa yang menyembur gabungan perisa pada filem plastik yang dilapisi pada TV skrin rata dalam usaha mencipta semula rasa sesuatu makanan.

“Matlamatnya adalah untuk membolehkan orang ramai mengalami sesuatu seperti makan di restoran di seberang dunia, walaupun semasa tinggal di rumah,” kata profesor Universiti Meiji Homei Miyashita kepada Reuters.

“Saya sedang berfikir untuk membuat platform di mana cita rasa dari seluruh dunia boleh diedarkan sebagai ‘kandungan rasa’. Ia sama seperti menonton filem atau mendengar lagu yang anda suka,” tambah Miyashita.

“Saya harap orang ramai boleh, pada masa hadapan, memuat turun dan menikmati perisa makanan dari restoran yang mereka suka, tidak kira di mana mereka berpangkalan pada masa hadapan.”

Seorang pelajar universiti Meiji, Yuki Hou, 22, melakukan demonstrasi untuk Reuters, memberitahu mesin bahawa dia mahu merasa coklat manis.

“Ia seperti coklat susu,” kata Hou, selepas menjilat skrin.

“Manis macam sos coklat.”

Miyashita memberitahu Reuters bahawa dia membina prototaip itu sepanjang tahun lepas.

Dia menganggarkan bahawa jika komersial dicipta, ia akan menelan kos sebanyak AS$875 (RM 3,649) untuk dihasilkan.

 

Sumber: [1]