Bergurau sesama sendiri ni dapat memelihara ikatan kekeluargaan. Takkan nak serius setiap masa, mana syok!
Bersembunyi di belakang pintu, langsir atau sebarang objek lain tu tak extreme. Tengok ni apa yang Youtuber Jepun ni dah buat.

Dengan bantuan datuknya, dia telah mengikat dirinya di atas siling sementara menunggu neneknya masuk ke bahagian ruang tamu.

Sanggup “melekat” di siling rumah dengan memakai pakaian dan make-up serba putih untuk dipadankan dengan warna siling rumah supaya tak kantoi dengan neneknya.

Tapi kena tunggu sejam lah baru nenek dia perasan. LOL!
Tengok ni.
Sumpah terhibur!