Majikan Diharamkan Hubungi Pekerja Lepas Waktu Pejabat Di Portugal

Kerajaan Portugal kini meluluskan undang-undang baru yang mana mengharamkan majikan untuk menghubungi pekerja mereka selepas daripada waktu pejabat.

majikan diharamkan hubungi pekerja lepas waktu pejabat di portugal

Memetik laporan akhbar Mirror UK, majikan juga perlu membayar perbelanjaan yang perlu ditanggung pekerja disebabkan sistem bekerja dari rumah.

 

Peraturan baru itu diluluskan parlimen negara berkenaan pada Jumaat lalu, ekoran daripada maklum balas kepada isu-isu yang dihadapi pekerja yang bekerja dari rumah sepanjang pandemik COVID-19.

majikan diharamkan hubungi pekerja lepas waktu pejabat di portugal

Dibawah undang-undang yang diluluskan itu, majikan perlu membayar perbelanjaan seperti bil elektrik dan internet yang tinggi akibat bekerja dari rumah. Malah, majikan juga boleh dikenakan denda jika didapati menghubungi pekerja sama ada melalui pesanan ringkas atau panggilan telefon selepas daripada waktu pejabat.

 

Majikan juga dilarang untuk mengawasi pekerja mereka ketika bekerja dari rumah.

 

Sebelum ini, Portugal menjadi negara pertama d Eropah yang mengubah peraturan bekerja dari rumah disebabkan pandemik COVID-19.

 

Bagaimanapun ketidaksamaan akses internet menjadi punca kepada campur tangan kerajaan meskipun bekerja dari rumah adalah fleksibiliti kepada sebahagian besar penduduk di negara itu.

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN