Populasi Dunia Bakal Diwakili 22 Peratus Warga Emas Menjelang 2050

Menjelang 2050, peratusan populasi warga emas di dunia yang berusia lebih 65 tahun dijangka meningkat dua kali ganda sehingga 1.5 bilion.

populasi dunia bakal diwakili 22 peratus warga emas menjelang 2050

“Orang berusia 60 tahun dan ke atas merangkumi 12.3 peratus daripada populasi dunia dan pada 2050 jumlah itu dijangka meningkat hampir 22 peratus.

“Peningkatan mendadak diramalkan di negara-negara paling kurang maju, jumlah orang berusia 65 tahun ke atas meningkat daripada 37 juta pada 2019 menjadi 120 juta pada 2050 (225 peratus).

“Semua wilayah akan melihat peningkatan penduduk warga emas antara 2019 dan 2050. Peningkatan terbesar (312 juta) diunjur di Asia Timur dan Tenggara, meningkat daripada 261 juta pada 2019 menjadi 573 juta pada 2050,” lapor Agensi Anadolu seperti mana yang dipetik dari UN Population Fund.

Dalam pada itu, peningkatan terpantas adalah di utara Afrika dan Asia Barat, namun kenaikan dijangka lebih rendah di Australia, New Zealand, Eropah dan Amerika Utara.

 

Sumber: [1]