Populasi Dewasa Negara Kini 87.6 Peratus Lengkap Divaksin

Seramai 20.52 juta individu bersamaan 87.6 peratus populasi dewasa negara dilaporkan telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakad 3 Oktober lalu.

populasi dewasa negari kini 87.6 peratus lengkap divaksin

Menurut perkongsian portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan sebanyak 94.3 peratus atau 22.08 juta daripada populasi dewasa telah memperoleh sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan pula, seramai 20.62 juta individu bersamaan 63.1 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Sementara itu, 72.9 peratus bersamaan 23.83 juta daripada populasi keseluruhan dilaporkan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 44.35 juta dos, termasuk peratus yang melibatkan populasi remaja yang menerima vaksin.

 

Sumber: [1]