Tindakan Polis Saman Pemandu Gagal Pamer Roadtax Pada Kereta Kini Disiasat

Tindakan anggota polis peronda yang mengeluarkan saman terhadap individu gagal mempamerkan cukai jalan kini telah menjadi siasatan dalam pihak PDRM.

 

Ia susulan tindakan anggota itu yang mengeluarkan saman berkenaan dalam satu kejadian di Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, pada Ahad lalu dan kini tular di media sosial.

tindakan polis saman pemandu gagal pamer roadtax pada kereta kini disiasat

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, pihaknya mengesan satu hantaran yang dimuatnaik seorang individu di Facebook berhubung gambar memaparkan saman polis yang dikeluarkan terhadapnya atas kesalahan itu.

 

"Semakan dilakukan mendapati saman itu dikeluarkan oleh anggota polis peronda pada 16 April lalu atas kesalahan gagal mempamer cukai jalan di lokasi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

 

Ujarnya, arahan sudahpun dikeluarkan untuk tidak mengeluarkan saman berkaitan kesalahan tidak mempamer lesen kenderaan motor, seperti dimaklumkan Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke pada 10 Februari lalu.

 

Untuk itu, siasatan dalaman kini dibuat ke atas anggota terbabit di atas kecuaian yang dilakukan, selain pihak polis juga sudah membatalkan saman berkenaan.

Sumber: HMetro