Polis Sahkan Kematian Tangmo Akibat Kemalangan

Kematian pelakon Thailand, Tangmo adalah satu kemalangan berdasarkan bukti, menurut ketua polis negara Suwat Jangyodsuk.

polis sahkan kematian tangmo akibat kemalangan

Polis kini menjangkakan untuk mengetahui lebih lanjut dalam beberapa hari selepas keputusan pemeriksaan forensik dikeluarkan.

Menurut Suwat, beliau telah mengarahkan penyiasat untuk meneliti kenyataan saksi dan bukti berkaitan seperti rekod telefon dan kelajuan pemanduan serta data GPS bot laju itu.

Mayat aktres berusia 37 tahun itu ditemui pada 26 Februari hampir dua hari selepas dia terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya ketika menaiki bot laju bersama lima yang lain.

polis sahkan kematian tangmo akibat kemalangan

Tanupat "Por" Lerttaweewit dan Phaiboon "Robert" Trikanjananun, didakwa mengendalikan kapal tidak berlesen dan kecuaian sehingga menyebabkan kematian selepas kejadian itu. Sementara tiga lagi penumpang ialah Idsarin "Gatick" Juthasuksawat, pengurus Tangmo; Wisapat "Sand" Manomairat dan Nitas "Job" Kiratisoothisathorn.

Dilaporkan bahawa kelima-lima mereka telah dipanggil untuk disoal siasat pada Ahad.

Tidak ketinggalan, mereka juga dikecam hebat oleh netizen berhubung insiden dengan ibu Tangmo yang turut terlibat dalam perdebatan mengenai pampasan kematian anak perempuannya itu.

Sekurang-kurangnya 29 saksi kini telah disoal siasat dalam siasatan kematian aktres itu.

Pol Lt Jen Jirapat Phumijit, pesuruhjaya Polis Wilayah 1, berkata pada hari Ahad polis masih mengumpul bukti dan siasatan akan mengambil sedikit masa.

Penyelam dari bahagian polis marin pada Ahad menemui dua objek dari Sungai Chao Phraya berhampiran jeti Phibul Songkhram dan menyerahkannya kepada pemeriksaan forensik. 

Polis dipercayai sedang mencari objek yang didakwa dilemparkan saksi ke dalam sungai selepas Nida terjatuh dari bot laju.

Sementara itu, upacara peringatan untuk aktres itu akan diadakan di Liberty Church Bangkok di daerah Saphan Sung dari 11 hingga 13 Mac ini.


Sumber: [1]