Polis Indonesia Terpaksa Buka Sempadan Setelah Dirempuh Ribuan Penunggang Motosikal Yang Berkeras Ingin Pulang Ke Kampung

Ketika dunia dilanda dengan gelombang COVID-19 terbaru hingga menyebabkan kebanyakan negara terpaksa mengenakan perintah kawalan pergerakan terhad, muncul berita mengejutkan di Jakarta.

polis indonesia terpaksa buka sempadan setelah dirempuh ribuan penunggang motosikal yang berkeras ingin pulang ke kampung

Ribuan penunggang motosikal berkumpul di perbatasan Bekasi-Kerawang, tak lain tak bukan kerana ingin kembali ke kampung halaman masing-masing, semata-mata ingin menyambut hari raya yang menjelang.

Difahamkan bahawa kejadian tersebut berlaku pada Ahad, 9 Mei sekitar jam 10.40 malam yang mana beribu-ribu penunggang motosikal di lokasi terbabit mencetuskan kesesakan lalu lintas yang besar hingga panjangnya mencecah sejauh 5 kilometer.

Memetik laporan media tempatan, pihak berkuasa berusaha sehabis mungkin untuk menghentikan kesemua penunggang motosikal itu daripada melintasi sempadan namun mereka tetap juga mengabaikan perintah tersebut.

polis indonesia terpaksa buka sempadan setelah dirempuh ribuan penunggang motosikal yang berkeras ingin pulang ke kampung

Akhirnya, sempadan terpaksa dibuka sementara berikutan kekhuatiran pihak berkuasa yang ingin membendung sebarang kemalangan tidak diingini daripada berlaku.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan negara tersebut mengatakan bahawa terdapat sebanyak 10 orang di Jakarta, Kalimantan Tengah, dan Sumatera Selatan telah dijangkiti varian B1671, sementara 14 kes pula melibatkan dua varian lain yang dikesan di beberapa wilayah Indonesia.

Mereka khuatir sekiranya kes COVID-19 akan melonjak naik selepas tamatnya cuti hari raya, lagi-lagi dengan pengesanan virus korona B1617 yang lebih mudah dijangkiti, yang mana ia pertama kali ditemui di India, begitu juga dengan varian B1351 di Afrika Selatan dan B1117 di Britain.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN