Filem Kutipan Tertinggi 2023, Polis Evo 3 Kini Raih Lebih RM41 Juta!

Filem arahan Syafiq Yusof, Polis Evo 3 terus mendahului kutipan pawagam dengan RM41.3 juta dalam tempoh 12 hari termasuk tayangan awal, lantas menjadikan filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures sebagai filem No 1 kutipan tertinggi bagi tahun 2023 di Malaysia, sekali gus mengetepikan francais-francais besar antarabangsa yang pernah mendominasi kutipan tertinggi di pawagam tanah air.

filem kutipan tertinggi 2023, polis evo 3 kini raih lebih rm41 juta!

Kutipan memberansangkan ini jelas membuktikan penerimaan tinggi peminat terhadap filem tempatan.

filem kutipan tertinggi 2023, polis evo 3 kini raih lebih rm41 juta!

“Kami amat berbesar hati atas pencapaian luar biasa Polis Evo 3 setakat ini. Meskipun banyak filem baru dari francais popular Hollywood di pawagam ketika ini, namun karya tempatan masih mampu memberi saingan sengit.

“Kejayaan ini terhasil daripada sokongan penonton, merekalah faktor utama dalam gelombang fenomena Polis Evo 3.

“Terima kasih tidak terhingga kepada pihak pawagam yang banyak beri sokongan, kepada rakan-rakan media yang memberikan liputan meluas serta semua penonton Polis Evo 3 seluruh Malaysia serta barisan pelakon yang memberikan komitmen tinggi dalam mempromosikan filem ini,” demikian menurut Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad.

 

Sementara itu, siri jelajah hujung minggu lalu diadakan di Kedah, Penang, dan Perak dengan dibanjiri anggaran kehadiran lebih 100 ribu peminat.

filem kutipan tertinggi 2023, polis evo 3 kini raih lebih rm41 juta!

filem kutipan tertinggi 2023, polis evo 3 kini raih lebih rm41 juta!

Kehadiran pelakon utama Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan serta pengarah Syafiq Yusof dan penerbit Joel Soh disambut meriah. Demam Polis Evo 3 telah mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman tempatan.

filem kutipan tertinggi 2023, polis evo 3 kini raih lebih rm41 juta!

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

 

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.