Polis Dibuang Kerja Kerana Sibuk Tangkap Pokemon, Tapi Tak Tangkap Penjenayah

Dua anggota polis di Los Angeles, Amerika Syarikat, terpaksa dibuang kerja selepas dilaporkan leka memburu Pokemon berbanding bertindak ke atas satu panggilan kes rompakan yang diterima.

polis dibuang kerja kerana sibuk tangkap pokemon, tapi tak tangkap penjenayah

Kedua-dua anggota polis itu dilaporkan memandu di kawasan bandar tersebut pada 2017, bagi memburu Pokemon bernama Snorlax dan Togetic menerusi permainan Pokemon Go pada telefon pintar mereka.

 

Menerusi rakaman dalam kereta peronda, terdapat perbualan mengenai Pokemon sesama mereka dan tidak mengendahkan panggilan dari sebuah premis jualan berhubung kes rompakan.

 

“Pegawai Mitchell memberitahu Lozani bahawa Snorlax tiba-tiba muncul.

“Dalam masa kira-kira 20 minit kemudian, rakaman mendedahkan bahawa mereka berdua berbincang mengenai Pokemon sambil memandu ke lokasi lain di mana Pokemon dalam permainan itu muncul,” kata dokumen undang-undang.

 

Semasa perbicaraan, kedua-dua mereka mengakui gagal untuk bertindak atas panggilan kes rompakan itu, namun menafikan alasan kerana mereka bermain Pokemon Go.

 

Pokémon GO merupakan sebuah permainan mudah alih percuma untuk dimainkan berdasarkan lokasi realiti diperkukuhkan yang dikembangkan oleh Niantic Inc dan diterbitkan oleh The Pokémon Company sebagai sebahagian daripada francais Pokémon. Ia telah dikeluarkan pada bulan Julai 2016 bagi peranti iOS dan Android.

 

Sumber: [1]