Pokok Yang Sesuai Untuk Hidup Dalam Rumah

pokok yang sesuai untuk hidup dalam rumah

Banyak manfaat bela pokok dalam rumah ni. Selain memberikan dan menjadikan sumber oksigen, ia juga sebagai dekorasi yang menenangkan jiwa. Bukan senang nak bela pokok dalam rumah kerana kena tengok daripada pelbagai segi terutama sekali  pencahayaan.

Tapi, ada 6 jenis pokok yang sesuai untuk ditanam di dalam rumahdengan keadaan gelap dan kurang mendapat pencahayaan.

  1. Aglaonema (Chinese Evergreen)

Bebarapa spesies Aglaonema yang mampu hidup walaupun dengan pencahayaan yang sikit. Tetapi kalau dah terlalu lama tidak mendapat cahaya matahari, warna pink merah akan bertukar menjadi pucat.

 

  1. Dracaena Fragrance (Corn Plant)
  2. Pokok ini adalah antara pokok yang tidak memerlukan perhatian yang tinggi. Kata lain adalah low maintenance. Seuai sangat dengan rumah yang kurang pencahayaan dan tidak perlu disiram setaip masa.

 

  1. Epipremnum Aureum

Lebih dikenali sebagai ‘Devil’s Ivy’ merupakan pokok yang paling versatile. Sangat sesuai dengan pelbagai keadaan, senang sangat nak jaga, kalau diberikan cahaya lapu pun boleh hidup.

 

  1. Malanta Leuconuera (Prayer Plant)

Walaupun dalam keadaan yang gelap, prayer plant ini masih boleh menegak keatas dan kekal berwarna merah dan hijau.

 

  1. Sanseviera (snake plant)

Pokok ini hanya disiram sekali sahaja dalam tempoh 2 minggu dan berada dalam rumah yang jauh daripada pencahayaan matahari.

 

  1. Zamioculcas Zamiifolia (ZZ Plant)

Salah satu pokok yang dikatakan ‘slow growing plant’ namun ia mampu membiak melalui batang dan daunnya. Pokok ini sangat sesuai untuk diletakkan di tempat yang kurang pencahayaan.

 

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: mingguanwanita