‘Masyarakat Enggan Diberitahu Apa Yang Mereka Perlu Makan’ - PM Britain Rancang Hapus Cukai Gula

Perdana Menteri Britain Liz Truss kini dalam perancangan untuk memusnahkan cukai gula pada minuman ringan dan melaksanakan beberapa langkah anti-obesiti bagi meringankan krisis kos hidup di negara terbabit.

‘masyarakat enggan diberitahu apa yang mereka perlu makan’ - pm britain rancang hapus cukai gula

Susulan itu, Menteri Kewangan British, Kwasi Kwarteng telah mengarahkan pegawai kesihatan untuk mengkaji langkah-langkah kawalan obesiti bagi menyokong langkah tersebut.

Terdahulu, Truss pernah berkata dia merancang untuk menyekat tawaran ke atas makanan dan minuman tinggi lemak, garam atau gula dan tidak akan mengenakan sebarang levi baru pada makanan yang tidak sihat.

“Masyarakat tidak mahu kerajaan memberitahu mereka apa yang perlu dimakan,” ujarnya.

 

Sumber: HMetro