PLKN 3.0 Dilaksana Secara Dua Fasa, Libatkan Pelajar Form 4 dan Lepasan SPM

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan pernah mengumumkan akan kembali melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, yang pernah dimansuhkan pada 2018.

plkn 3.0 bakal dilaksana kembali, latihan selama 45 hari di kem tentera

Dengan menggunakan kaedah latihan berbeza berbanding sebelumnya, beliau memaklumkan ia bakal melibatkan dua fasa berbeza.

 

Fasa 1 melibatkan pelajar Tingkatan 4 melalui silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), yang mempunyai silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap.

 

Manakala pelajar Tingkatan 5 yang dikecualikan untuk menjalani latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan mereka melakukan persiapan menempun SPM pula akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada.

plkn 3.0 bakal dilaksana kembali, latihan selama 45 hari di kem tentera

“PLKN Fasa 1 membabitkan penglibatan di fasa sekolah, manakala PLKN Fasa 2 pula selepas fasa sekolah, iaitu selepas peperiksaan SPM.

"Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, mereka akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini," katanya.

 

Tambah beliau, sebanyak 90 peratus kandungan latihan Fasa 2 PLKN ini adalah berkaitan dengan ketenteraan, agar ia dapat membina jati diri belia yang kuat dan bertenaga.

plkn 3.0 bakal dilaksana kembali, latihan selama 45 hari di kem tentera

"Sebanyak 90 peratus daripada kandungan latihan Fasa 2 ini berkaitan ketenteraan agar dapat membina jati diri belia yang kuat dan bertenaga.

"Baki 10 peratus daripada kandungan lagi adalah berkaitan tatanegara. Selepas itu, agensi-agensi seperti bomba, polis dan Pertahanan Awam dapat melihat produk modal insan ini sebagai penyediaan kepada guna tenaga belia yang terlatih," ujarnya.

 

Tambah beliau lagi, sebanyak 13 kem tentera wataniah di seluruh negara akan digunakan untuk pelaksanaan PLKN ini, termasuk sebuah kem polis Pulapol di KL.

 

Sumber: Sinar Harian