Tahukah anda betapa pentingnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelak penularan COVID-19? Walaupun sudah hampir 2 bulan PKP berlanjutan tetapi ia masih belum cukup untuk mengawal penularan wabak Covid-19. Biarpun sudah tukar pelbagai nama, namun caranya masih sama dan hanya terdapat sedikit kelonggaran sahja untuk PKPB
Dikatakan kerajaan tidak akan menamatkan PKP dalam masa ini berikutan kes jangkitan baru sentiasa ada. Rakyat perlu bersedia kerana sesiapa saja boleh jadi pembawa dan boleh dijangkiti.
Walaupun PKP menghadkan aktiviti orang ramai dan juga menjejaskan ekonomi negara tetapi, keselamatan rakyat adalah lebih penting dari segalanya. Rakyat perlu tahu bahawa kerajaan menetapkan PKP walaupun ia menjejaskan banyak perihal ekonomi negara tetapi ini adalaah untuk kebaikan setiap orang.
Diingatkan lagi PKP sukar untuk ditamatkan, kerana virus ini ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan, ia sentiasa ada di persekitaran. Jadi rakyat perlu bersedia dengan PKP yang mungkin akan berlanjutan lebih lama dari pada yang kita sangka. Pertukaran lifestyle harus diubah dan disiplin adalah penting bagi mematupi SOP semasa perintah kawalan pergerakan ini.
Oleh: Khalie
Sumber: PKPtidakmungkinditamatkan