Seperti dijangka tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 12 Mei 2020 dalam usaha memutuskan rangkaian penularan wabak COVID-19.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri berkata, dalam tempoh ini kerajaan akan menilai data-data terkini daripada Kementerian Kesihatan untuk menentukan langkah seterusnya.
Namun dengan penurunan ketara kes COVID 19 kebelakangan ini, kerajaan telah memutuskan untuk memberikan sedikit kelonggaran tetapi bukan terlalu longgar.
Antaranya, pelajar-pelajar yang terkandas di kampus sejak PKP fasa pertama dikuatkuasakan dahulu dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dalam pada terdekat.
Menurut Perdana Menteri, proses membawa pulang pelajar-pelajar ini sedang dirancang kerajaan dengan nasihat Kementerian Kesihatan bagi memastikan ia tertatur dan tidak mendatangkankan risiko jangkitan.
Kerajaan juga sedang menimbang untuk memberikan kebenaran satu kali perjalanan kepada individu terperangkap di kampung sebelum PKP I kembali semua ke kediaman masing-masing atau tempat kerja.
Walaupun PKP disambung katanya, syarikat dalam sektor tertentu akan dibenarkan beroperasi, tertakluk kepada pematuhan syarat yang mementingkan aspek keselamatan, kebersihan dan penjarakan sosial.
Tan Sri Muhyiddin dalam pada itu tidak tolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini sekaligus menyaksikan kita semua tak dapat balik kampung berhari raya bersama keluarga.
Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja umumkan, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, Jumaat, 24 April namun Jabatan Perdana Menteri namun Muslimin dan Muslimat tidak dibenarkan solat tarawih berjemaah dan berbuka puasa di masjid ketika tempoh PKP.
Oleh: Shah Rahimin